Monday, June 25, 2012

Kambing Golek - Majlis Kesyukuran & Akikah

Penyediaan kambing golek untuk dua minggu berturut turut untuk pelanggan dari Lunas, Kulim, Kedah.

Encik Wazir peramah, mesra, tegas dan mudah berkongsi pengalaman itu yang dapat kami gambarkan mengenai beliau. Event pertama bertempat di premis perniaga En Wazir dan kedua majlis aqiqah dan kesyukuran dirumah beliau. Pastinya kambing grilled menjadi menu utama di majlis ini. Pihak Shaza Katering marakamkan penghargaan diatas kepercayaan yang diberi.
 
 
 
 

Thursday, June 21, 2012

Hari Keluarga Shaza Niaga (Shaza Katering)

Shaza Katering (Shaza Niaga) menceburi bidang pertanian dengan penanaman limau kasturi.Projek ini diusahakan bersama keluarga bertempat di Kampung Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Dimajlis kesyukuran yg diadakan ditapak projek dan terbinanya rumah cabin pasang segera, pihak pengurusan berharap dapat meningkatkan hasil tanaman.
Beberapa aktiviti seperti berkhemah, memancing, BBQ kambing dilakukan disini yang dikelilingi dusun durian, manggis dll.
 Pihak pengurusan juga mengucapkan selamat Hari Ibu & Hari Bapa buat Ayah dan Bonda tercinta.






Monday, June 18, 2012

Kambing Golek Majlis Perkahwinan - Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Penyediaan kambing golek sempena majlis perkahwinan anak lelaki Puan Rosnani bertempat di Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah Pulau Pinang. Pihak Shaza Katering mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai.

 
 


Wednesday, June 6, 2012

Pakej Akikah Kambing Golek di Kamunting, Perak

Di Majlis ini Encik Fauzi menyempurnakan aqiqah unk 2 org cahaya mata beliau. Majlis dimulakan dengan marhaban, tahlil dan sangat gembira kerana seluruh keluarga berkumpul disana. 
Pihak Shaza Katering mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Fauzi dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada pihak Shaza Katering menguruskan keseluruhan penyediaan makanan di majlis ini. Dan kami mengalu alukan kunjungan beliau ke kandang ternakan kami .
 
 
 
 
 

Monday, June 4, 2012

Pakej Akikah Kambing Golek Di Alor Setar

Pakej kambing golek sempena majlis akikah bertempat di Alor Setar.
 
 
 

Wednesday, May 16, 2012

Majlis Santai Kambing Golek - Guru guru SMK Permatang Tok Jaya

Majlis santai makan kambing golek guru guru dari SMK Permatang Tok Jaya bertempat di chalet Matahari Condong, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah.
Shaza Katering juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Cikgu Naim, Ustad Naimi, Cikgu Zainol serta Cikgu Hanif.
 
 
 
 
 

Saturday, May 5, 2012

Kenduri Akikah Kambing Golek - En.Saiful, Bandar Laguna Merbok, Sg. Petani, Kedah

Shaza Katering telah menyediakan kambing golek utara istimewa sempena majlis akikah di kediaman Encik Sailful bertempat di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.
Pada majlis ini, Encik Saiful telah memesan 2 ekor kambing golek di samping menu makanan nasi hujan panas dan lain lain lauk pauk. Majlis juga diserikan dengan kehadiran anak anak yatim dari Rumah Anak Yatim Kg Che Bema, Sungai Petani.

 
 
 

Friday, May 4, 2012

Pakej Akikah Kambing Golek Utara - En.Zainal & Puan Hayati, Bandar Baharu

Penyediaan kambing golek / kambing panggang sempena majlis akikah di kediaman Encik Zainal & Puan Hayati bertempat di Bandar Baharu, Kulim, Kedah.
 
 
 

Sunday, April 22, 2012

Pakej Akikah - Kambing Golek [En. Amin - Taman Selasih, Kulim]

Penyediaan pakej akikah di kediaman Encik Amin yang bertempat di Taman Selasih, Kulim. Pakej akikah merangkumi menu menu istimewa termasuk kambing golek seekor, ayam piru bakar, nasi beriani, kurma kambing serta gulai ayam piru. Terima kasih kepada Encik Amin dan keluarga kerana sudi melanggan khidmat Shaza Katering.






Thursday, April 19, 2012

Kambing Grill [Majlis Akikah & Bertunang - Encik Megat Saiful, Jitra, Kedah]

Penyediaan kambing golek sempena majlis akikah & pertunangan di kediaman Encik Megat Saiful yang bertempat di Jitra, Kedah Darulaman. Tahniah dan terima kasih dari pihak Shaza Katering.





Sunday, April 1, 2012

Pakej Kenduri Akikah - Kambing Golek (En. Abu - Merbok, Kedah)

Penyediaan pakej untuk majlis akikah bagi anak Encik Abu bertempat di Merbok, Kedah Darulaman. Pakej akikah adalah termasuk menu utama kambing golek dihidangkan bersama dengan kebab, jagung bakar, coleslaw & whipped potato.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...