Monday, June 25, 2012

Kambing Golek - Majlis Kesyukuran & Akikah

Penyediaan kambing golek untuk dua minggu berturut turut untuk pelanggan dari Lunas, Kulim, Kedah.

Encik Wazir peramah, mesra, tegas dan mudah berkongsi pengalaman itu yang dapat kami gambarkan mengenai beliau. Event pertama bertempat di premis perniaga En Wazir dan kedua majlis aqiqah dan kesyukuran dirumah beliau. Pastinya kambing grilled menjadi menu utama di majlis ini. Pihak Shaza Katering marakamkan penghargaan diatas kepercayaan yang diberi.
 
 
 
 

Thursday, June 21, 2012

Hari Keluarga Shaza Niaga (Shaza Katering)

Shaza Katering (Shaza Niaga) menceburi bidang pertanian dengan penanaman limau kasturi.Projek ini diusahakan bersama keluarga bertempat di Kampung Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Dimajlis kesyukuran yg diadakan ditapak projek dan terbinanya rumah cabin pasang segera, pihak pengurusan berharap dapat meningkatkan hasil tanaman.
Beberapa aktiviti seperti berkhemah, memancing, BBQ kambing dilakukan disini yang dikelilingi dusun durian, manggis dll.
 Pihak pengurusan juga mengucapkan selamat Hari Ibu & Hari Bapa buat Ayah dan Bonda tercinta.






Monday, June 18, 2012

Kambing Golek Majlis Perkahwinan - Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Penyediaan kambing golek sempena majlis perkahwinan anak lelaki Puan Rosnani bertempat di Pusat Kegiatan Air Tanjung Bungah Pulau Pinang. Pihak Shaza Katering mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai.

 
 


Wednesday, June 6, 2012

Pakej Akikah Kambing Golek di Kamunting, Perak

Di Majlis ini Encik Fauzi menyempurnakan aqiqah unk 2 org cahaya mata beliau. Majlis dimulakan dengan marhaban, tahlil dan sangat gembira kerana seluruh keluarga berkumpul disana. 
Pihak Shaza Katering mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Fauzi dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada pihak Shaza Katering menguruskan keseluruhan penyediaan makanan di majlis ini. Dan kami mengalu alukan kunjungan beliau ke kandang ternakan kami .
 
 
 
 
 

Monday, June 4, 2012

Pakej Akikah Kambing Golek Di Alor Setar

Pakej kambing golek sempena majlis akikah bertempat di Alor Setar.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...